Saturday, October 12, 2013

Kenapa Kita Bergambar?

Apabila bercakap tentang fotografi, pastinya aspek teknikal dan kreativiti menjadi tajuk perbincangan dimana-mana.

Sebenarnya, ada satu perkara yang lebih penting dalam fotografi yang tidak disentuh oleh pengiat seni foto, terutamanya di negara ini.

Hari ini, kak Zira nak sentuh perkara penting tentang fotografi yang sebenarnya bukan rahsia itu.

Fotografi sebenarnya adalah tentang hubungan manusia dengan sekelilingnya, samada hubungan dengan keluarga, hubungan dengan kawan-kawan malah hubungan dengan alam sekelilingnya.

Hubungan inilah sebenarnya tujuan fotografi, iaitu merakam dan menyambung kembali manusia dengan segala disekelilingnya.

Tujuan kita mengambil gambar adalah untuk mengikat dan merakam ikatan kita bersama keluarga, sahabat dan alam sekeliling kita. Tujuan kita agar memori hubungan tersebut kekal dan tersimpan sebaik mungkin.

Bayangkan gambar kita bersama-sama sahabat dikampung semasa kecil, ia menggambarkan suasana sebenar kita, sekitar kita pada masa tersebut. Biar pun gambar itu tidak secantik gambar dalam majalah, ianya lebih memberi gambaran dan rakaman memori yang lebih bermakna.

Atas sebab inilah, Kak Zira tetap sebagai fotographer dan bukan juruedit gambar. Kerana cuba bayangkan, jika gambar dikampung dahulu itu diedit dan dimasukkan salji, apakah nilai yang boleh kita hargainya setelah 20 atau 30 tahun berlalu.

Tentulah gambar dengan salji itu lebih indah, tetapi tidak memberi makna apa-apa kerana ia adalah palsu dan DISCONNECTED

Gambar adalah satu talian bagi kita memanggil semula memori kita, sebagaimana satu nomber telefon untuk kita berhubung dengan sahabat atau saudara kita. Mengedit gambar umpama kita menconteng diatas kertas yang tertulis nombor tersebut, dan tentunya jika terlalu banyak diconteng, kita tidak lagi dapat menghubungi orang tersebut. itulah yang berlaku kepada gambar yang terlalu diedit, ia akan "terputus" atau disconnected dari memorinya.

Sebagai jurugambar, perkara pertama yang perlu kita pastikan adalah kejujuran kita kepada pelanggan kita. jangan hanya kerana gambar yang diedit dengan album yang hebat, kita dapat membuat keuntungan yang banyak, kita tidak menjelaskan peri pentingnya ketulenan gambar kepada pelanggan kita.

Gambar dengan Album yang hebat dan mahal bukan perkara utama, dan pelanggan akan mula menyedarinya setelah lebih lima tahun. 

Sebagai jurugambar, jangan ketepikan tanggungjawab sosial kita untuk tujuan seperti yang diperkatakan dalam artikel ini.

Kenapa kita bergambar? - To Get Connected To The Past.

Wassalam.
Azira Ahmad

Artikel ini adalah karangan asal dari Blog ini, http://2muchphoto.blogspot.com/ . Sebarang salinan hanya dibenarkan dengan kredit kepada blog ini, bagi menyebarkan Photo! Connected.